Bahagian A dan B ( Esei )
  • Setiap soalan dalam pengajian am kertas 2 mempunyai kata kunci jawapan
  • Pelajar mesti menganalisis kehendak soalan dengan cara mengenai pasti kata kunci dan petunjuk jawapan
( 1 ) Bentuk soalan A dan B
  1. Bentuk Tunggal ( Satu set jawapan yang sama )
    • Pusat sumber sekolah menyediakan banyak kemudahan kepada guru dan pelajar untuk mendapat ilmu pengetahuan. Bincangkan kepentingan Pusat Sumber Sekolah dalam konteks merealisasikan minat membaca. SKEMA : ( 4 + 0 )
    • Mata Pelajaran Sejarah adalah subjek teras yang diajar kepada semua pelajar di peringkat sekolah menengah. Bincangkan kepentingan mata pelajaran Sejarah. SKEMA : ( 4 + 0 )
    • Kos pembikinan bukanlah faktor utama yang menyebabkan filem tempatan kurang bermutu. Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan diatas SKEMA : ( 1 + 3 )
    • Hukuman merotan boleh menjadi satu alternatif kepada pihak sekolah untuk mengawal disiplin pelajar. Pendekatan psikologi dan cara lain juga mampu mengurangkan masalah disiplin di sekolah. Jelaskan. SKEMA : 1 + 1 + 2 ( Mana - mana 2 daripada cara-cara lain
  2. Bentuk Berkembar ( dua set jawapan berasingan )
    • Sumber tenaga nuklear memberi banyak manfaat kepada manusia walau bagaimanapun sumber alternatif ini juga boleh mengancam kehidupan dan alam sekitar. Bincangkan. SKEMA : ( 2 + 2 )
    • Kegiatan memberi pinjaman wang secara haram seperti " Along " mendapat sambutan kerana wujud permintaan daripada orang ramai yang memerlukannya. Namun ramai peminjam menghadapi risiko apabila gagal menjelaskan pinjaman. Bincangkan. SKEMA ( 2 + 2 )
    • Kejadian jenayah indeks dan bukan indeks di Malaysia semakin meningkat dan amat membimbangkan semua pihak. Jelaskan punca fenomena ini semakin meningkat dan kesannya kepada negara. SKEMA ( 2 + 2 )
( 2 ) Memahami kata kunci soalan

Kata Kunci Soalan - Bincangkan

Maksud / Ulasan Kata Kunci
  1. Jika di awal ayat - skema jawapan 4+0
    • Hasil sawit merupakan bahan komoditi negara yang diusahakan secara individu, syarikat atau agensi-agensi kerajaan. Bincangkan kepentingan minyak sawit kepada pembangunan negara.
  2. Jika di awal ayat - skema jawapan 2 + 2
    • Taraf kesihatan dan kehidupan masa kini dijangka akan berupaya melanjutkan lagi hayat manusia dan menambah bilangan warga tua dalam masyarakat Malaysia. Bincangkan implikasi peningkatan warga tua di negara ini.
  3. Jika di akhir ayat - skema 2 + 2
    • Sumber buruh asing dari Indonesia dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara. Kemasukan tenaga buruh tanpa kawalan akan menimbulkan masalah sosioekonomi kepada penduduk tempatan. Bincangkan.
    • Industri pelancongan menyumbang kepada kemajuan negara. Namun, Sumbangan positif industri tidak seharusnya melalaikan kita kepada kesan negatif. Jelaskan
Kata Kunci Soalan - Jelaskan

Maksud / Ulasan Kata Kunci
  1. Jika di awal ayat - skema jawapan ( 4 + 0 )
    • Untuk mencapai status negara maju, sesebuah negara perlu mencapai tahap kemajuan sains dan teknologi yang tinggi. Jelaskan peranan sains dan teknologi dalam konteks pernyataan ini.
    • Bahan toksik boleh boleh mengancam kesihatan dan keselesaan manusia sekiranya baha buangan ini tidak diuruskan dengan baik. Jelaskan kesan bahan buangan toksik kepada hidupan dan alam sekitar.
Kata Kunci Soalan - Huraikan

Maksud / Ulasan Kata Kunci
  1. Jika di akhir ayat - skema jawapan 2 + 2
    • Jalan raya adalah pemangkin kepada kemajuan ekonomi negara dan merupakan sumber utama perhubungan darat antara bandar-bandar utama dan juga kawasan-kawasan lain. Huraikan.
    • Tugas mendidik anak-anak merupakan tugas utama ibu bapa, namun kesibukan mereka memberi kesan kepada tingkah laku anak-anak. Huraikan.
Kata Kunci Soalan - Ulaskan

Maksud / Ulasan Kata Kunci
  1. Jika di akhir ayat - skema jawapan 2 + 2
    • Sungguhpun penciptaan alat-alat komunikasi satelit memang mempunyai keistimewaan dan kebaikan tertentu, namun penciptaan alat-alat itu sebenarnya menimbulkan masalah dalam kehidupan manusia. Ulaskan.

Nota tambahan :
  • Isi ikut keutamaan
  • Cari fokus dalam soalan
  • Tidak perlu hurai isi dulu
  • Tulis isi dengan ringkas dan padat
  • Dalam huraian isi barulah dihuraikan panjang lebar

Special Credit to En Amran Bin Idris.
Labels : ,
Blogger Comments
Facebook Comments


0Response to "STPM - Pengajian Am Kertas 2 - Bahagian A dan B ( Esei )"

Post a Comment

Previous Page Next Page Home Page
★ Click to join our Tamil Chat