`
PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA STPM 2006 (KEDAH)

Sejarah Kertas 1 ( Bahagian A )

1. Ahli arkeologi mendapati kewujudan tamadun awal lebih tertumpu di lembah - lembah
sungai. Jelaskan mengapakah lokasi ini mempengaruhi kemunculan tamadun awal.
2. Huraikan faktor - faktor utama yang membawa kepada kelahiran sistem politik negara kota Yunani dan bandingkan ciri - ciri pemerintahan negara kota Athens dan Sparta.
3. Kautilya dan Niccolo Machiavelli merupakan tokoh - tokoh yang banyak memberi sumbangan dalam strategi peperangan. Bincangkan.
4. Takrifkan konsep ekonomi kapitalisme dan bincangkan faktor - faktor yang membawa kepada perkembangan sistem kapitalisme di Eropah Barat dari tahun 1400 hingga 1700.
5. Sistem pendidikan dalam tamadun - tamadun awal dipengaruhi oleh agama. Buktikan pernyataan tersebut dengan merujuk kepada tamadun - tamadun awal.
6. Huraikan sumbangan tokoh Socrates dan al - Khindi dalam bidang falsafah kepada tamadun manusia.
7. Bincangkan sumbangan Marco Polo dan Christopher Columbus kepada perkembangan tamadun dunia.
8. Terangkan sistem pemerintahan pusat dan wilayah pada zaman Asoka di India dan Shih Huang Ti di China.

( Bahagian B )

9. Peristiwa Hijrah memberi kesan yang besar kepada umat Islam. Huraikan tentang peristiwa Hijrah dan kepentingannya.
10. Pada masa pemerintahannya, Khalifah Umar al - Khattab telah berjaya mengadakan beberapa pembaharuan dalam bidang pentadbiran negara. Jelaskan.
11. Perang Badar, perang Uhud dan perang Khandak merupakan peristiwa besar dalam sejarah umat Islam. Huraikan strategi dan taktik yang digunakan oleh Rasullulluh s.a.w dalam peperangan tersebut.
12. Huraikan pelaksanaan dan fungsi zakat pada zaman Bani Umaiyah.
13. Huraikan institusi - institusi pendidikan yang terdapat dalam pendidikan Islam Acheh yang berjaya menaikkan Acheh sebagai pusat pendidikan Islam yang terkemuka di Nusantara.
14. Bincangkan sejarah kemunculan mazhab dalam Islam dan nyatakan faktor - faktor yang membawa kepada kemunculannya.
15. Bandingkan tujuan penjelajahan dan penerokaan Islam dan Barat.
16. Huraikan perkembangan seni ukir Islam dari zaman Nabi Muhammad s.a.w hingga zaman Bani Abbasiyah.


Sejarah Kertas 2 ( Bahagian A )

1. Bincangkan pengaruh agama Islam terhadap masyarakat Melayu tradisional di Tanah Melayu sebelum kedatangan British.
2. Kajikan tahap - tahap perluasan pengaruh dan kuasa British di negeri - negeri Melayu Utara antara tahun 1897 sehingga 1909.
3. Sejauh manakah perasaan tidak puas hati golongan pemerintah menyebabkan tercetusnya kebangkitan masyarakat pribumi di Perak dan Pahang menentang pentadbiran British pada penghujung abad ke-19.
4. "Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union lebih berjaya berbanding Gerakan Anti Penyerahan Sarawak 1946." Bincangkan.
5. Huraikan kesan - kesan politik, ekonomi dan sosial akibat daripada pelaksanaan undang -
undang darurat 1948 - 1960 di Tanah Melayu.
6. "Malaysia nerupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen." Jelaskan ciri - ciri sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia hingga tahun 1963.

( Bahagian B )

7. Bincangkan sistem maharaja di China dan Jepun pada abad ke-18.
8. Jelaskan syarat dan kesan Perjanjian Yandabo 1826 dan Perjanjian Bowring 1885.
9. Mengapakah usaha - usaha pemodenan di Jepun lebih berjaya berbanding dengan negara China pada akhir abad ke-19.
10. Bandingkan perjuang Parti Komunis di Indonesia dengan Parti Komunis Vietnam sehingga tahun 1945.
11. Bandingkan peranan dan sumbangan Sukarno di Indonesia dan Jose Rizal di Filipina dalam gerakan nasionalisme di negara masing - masing.
12. Huraikan senario politik di Thailand dan Jepun selepas Perang Dunia Kedua.


PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM GABUNGAN SANDAKAN (SABAH)

Sejarah Kertas 1 ( Bahagian A )

1. Jelaskan konsep tamadun dan huraikan ciri-ciri tamadun berdasarkan contoh-contoh
tamadun awal manusia.
2. Sejauhmanakah faktor kemorosotan sistem feudal memainkan peranan penting dalam
kemunculan Negara Bangsa di Eropah?
3. Bincangkan pemikiran ketenteraan dalam konteks ketahanan dan pertahanan sepertimana
yang dikemukakan oleh Kautilya dan Nicollo Machiavelli.
4. Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan sistem ekonomi Kapitalisme pada
abad ke-18 masehi di Eropah.
5. Huraikan institusi pendidikan bagi Tamadun Mesopotamia dan Mesir yang mempengaruhi
perkembangan pendidikan masyarakatnya.
6. Gerakan Renaissance telah melahirkan aliran-aliran pemikiran baru seperti Humanisme,
Individualisme, Sekularisme, Nasionalisme, Rasionalisme dan Absolutisme. Huraikan
pernyataan ini.
7. Huraikan penjelajahan dan penerokaan ahli pelayaran Tamadun Awal dengan merujuk
kepada tokoh-tokoh pelayaran Tamadun Mesir.
8. Huraikan sumbangan kesusasteraan Tamadun Eropah dengan merujuk kepada Tamadun
Yunani sehingga abad ke-16 masehi dan Tamadun Islam pada zaman Kerajaan Bani Umaiyah
dan Kerajaan Bani Abbasiyah.

( Bahagian B )

9. Huraikan masalah yang dihadapi oleh Nabi Muhammad saw dan langkah-langkah yang
diambil oleh baginda bagi mengukuhkan ajaran Islam di Makkah.
10. Jelaskan perubahan-perubahan yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar al-Khattab dalam
memajukan masyarakat dan Negara Islam.
11. Perang Salib banyak meninggalkan kesan kepada perkembangan peradaban manusia?¡À.
Berdasarkan pernyataan tersebut, jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada
berlakunya Perang Salib dan kesannya ke atas masyarakat Islam dan Kristian.
12. Zakat adalah pembayaran yang wajib dikenakan ke atas umat Islam. Bincangkan sejarah,
fungsi dan pelaksanaan zakat sehingga Zaman Bani Umaiyah.
13. Bincangkan perkembangan kurikulum pendidikan pada zaman Nabi Muhammad saw di
Makkah dan Madinah.
14. Bincangkan faktor-faktor dan kesan-kesan yang membawa kepada kemunculan mazhab
dalam Islam .
15. Bincangkan kaitan peristiwa Hijrah dengan matlamat penjelajahan dan penerokaan pada
zaman Nabi Muhammad saw dan kesannya ke atas umat Islam.
16. Kesenian merupakan satu aspek penting. Dengan bukti-bukti yang jelas, nyatakan
kedudukan kesenian di antara Tamadun Islam dan Barat.

SEJARAH 2 ( Bahagian A )

1. Bincangkan pengaruh Islam dalam kehidupan masyarakat Melayu.
2. Pada awal abad ke-20, British telah menandatangani perjanjian dengan Siam untuk
mengukuhkan kedudukannya ke atas tanah negeri-negeri Tanah Melayu. Bincangkan.
3. Huraikan reaksi penduduk pribumi terhadap campur tangan British di Sabah dan Sarawak
dari tahun 1850-1915.
4. Jelaskan peranan pertubuhan yang bercorak sosioekonomi di Tanah Melayu dari tahun 1918
hingga 1938.
5. Bincangkan syor-syor perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
6. Bincangkan ciri-ciri demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia.

( Bahagian B )

7. Hierarki sosial mengukuhkan Sistem Beraja di Asia. Bincangkan.
8. Huraikan perkembangan ekonomi Komersial di Asia Tenggara pada abad ke-19.
9. Bincangkan implikasi Perjanjian Bowring (1855) dan Perjanjian Nanking (1842) terhadap
negara masing-masing.
10. Fahaman Marxisme telah berkembang di Indonesia dan Vietnam pada abad ke-20.
Bincangkan.
11. Bincangkan perjuangan kemerdekaan Filipina daripada Amerika Syarikat dan Burma
daripada British.
12. Bincangkan struktur pentadbiran Negara Thai, Burma dan Vietnam selepas perang dunia
kedua.

Blogger Comments
Facebook Comments


0Response to "STPM 2006 Trial Papers of History Subject ( Soalan Peperiksaan Percubaan STPM 2006 )"

Post a Comment

Previous Page Next Page Home Page
★ Click to join our Tamil Chat